Ini antara beberapa perkara yang wanita & lelaki tidak boleh buat yer ketika di dalam Masjid Nabawi & Masjidil Haram..
1. Tidak boleh memakai kasut.. (dinasihatkan supaya bawa kantung untuk simpan kasut, seelok-eloknya simpan di rak yang disediakan.. Tetapi Masjid kan ramai.. Kalau takut hilang.. Boleh juga bawa masuk kantung berisi kasut tu dengan syarat kantung bersih dan diletakkan di sebelah atau dalam beg.. Jangan sesekali ganggu Jemaah lain nak solat yer)
2. Tidak boleh membawa handphone.. (Wanita sahaja yer.. Lelaki boleh bawa.. Tapi seelok-eloknya tak payahlah.. kita kan nak beribadat.. bukan nak posing sana sini.. Nak amik gambar dalam Masjid pun buat apa... Biarlah kenangan tu jadi sentimental value untuk kita sahaja.. Tapi, luar masjid boleh amik gambar.. akan kita nampak Jemaah lain bawa.. kita biarkan sahaja yer..)
3. Lelaki tidak boleh masuk melalui pintu khas wanita dan begitu juga wanita tidak boleh masuk melalui pintu khas lelaki.. (Setiap pintu dikhaskan untuk wanita atau lelaki.. jadi jangan salah masuk yer.. nanti orang yang jaga kat setiap pintu masjid tu akan tegur.. Seelok-eloknya kalau ada Jemaah yang pakai wheelchair.. silalah bawa ahli keluarga yang sejantina.. supaya tidak berlaku salah faham di depan pintu masuk masjid..)
4. Tidak boleh bawa barang berharga.. (Kerap berlaku kehilangan dan keciciran.. Jadi tak payahlah bawa barang berharga.. supaya tidak menyusahkan orang-orang yang bertugas di masjid dan tidak menyusahkan kita sendiri..)
5. Tidak boleh buang sampah merata-rata.. (Kesian kat orang yang jaga masjid.. kalau kita tak bertanggungjawab.. kita akan menyusahkan pekerja-pekerja masjid.. bila ada sampah.. buanglah sendiri ke dalam tong sampah.. kalau Nampak sampah pun jangan tending jer.. kita bantu buang sekali.. kan dapat pahala.. In Shaa Allah)
6. Tidak boleh bercakap soal duniawi di masjid.. (dalam Quran pun ada sebut kan.. Biarlah kita beribadat dalam keredhaan dan merendah diri.. kalau kita kaya pun di dunia jer.. di akhirat tak siapa tahu.. yang bawa hanya amalan kita kan.. jadi.. berhati-hati setiap percakapan supaya tidak timbul riak dan sombong.. Mmemadai kalau kita baca Quran, zikir, selawat kan..)
7. Tidak boleh mengutuk dan menghina orang lain.. (secara jujur, Jemaah dari Negara lain terutama arab, pakaian mereka ada sedikit bau yang kurang menyenangkan.. jangan tegur.. biarkan sahaja.. sebab dikhuatiri akan berbalik pada kita.. di Tanah suci biasanya Allah swt bagi cash.. jadi... kita belajar bersabar dan menerima kelemahan orang lain ok..)
8. Al Quran original Madinah yang diletakkan di masjid adalah kulit berwarna hijau dan bertali kuning.. (kulit berwarna hijau dan tali warna lain biasanya hijau yang banyak dijual di pintu pagar masjid biasanya tidak boleh diletakkan sebagai sedekah di dalam masjid.. sebab pihak masjid dah tetapkan warna Quran dalam masjid bertali kuning dan kulit hijau.. keseragaman gitu.. saiz pun yang sedang-sedang dan besar sahaja.. yang kecik boleh masuk beg tu tak boleh yer.. kalau nak sedekah Quran, kita tengok dulu Quran dalam masjid yer)
Setakat ini.. itu sahaja 8 perkara yang saya ingat.. In Shaa Allah kalau ada lagi saya akan tambah yer...
Love.Hate.Tears.Laughter
Wednesday, October 2, 2013
Ibadah Umrah & Ziarah Ramadhan (Part 3)
Ibadah Umrah & Ziarah Ramadhan (Part 2)
Sumber dari: http://mselim3.blogspot.com/2013/04/adab-menziarahi-makam-rasullulah-saw.html
Adab Menziarahi Makam Rasulullah
Menziarahi Masjid Nabawi , makam rasullulah saw dan tempat-tempat bersejarah di Madinah ini ada adab dan peraturannya. Ini adalah supaya amalan kita menjadi lebih berkat dan sempurna serta mendapat pahala, tidaklah nanti segala amalan itu menjadi sia-sia bahkan menambah dosa serta mengurangkan pahala pula.
Di samping itu, ziarah tidaklah pula terikat dengan solat dan ibadat yang banyak atau sedikit. Tuntutan ziarah ini sebenarnya sudah terlaksana dengan bersolat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat memberi salam kepada Rasullulah saw dan kedua-dua sahabatnya kemudian berdoa untuk kebaikan diri dan kaum muslimin seluruhnya.
Adapun lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang lain tidaklah diwajibkan , lebih-lebih lagi bagi mereka yang uzur atau kesuntukan masa, adalah menjadi kerugian jika peluang yang ada itu tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Beberapa Abad dan Larangan Yang Harus Diikuti Semasa Berziarah Ke Makam Rasullulah Saw .
1- Selawat dan salam kepada Rasullulah saw akan sampai kepada Baginda dari mana saja kita mengucapkan, tidak semestinya berdekatan atau berhadapan dengan makamnya. Khasnya kepada kaum muslimat yang tidak dapat masuk ke bahagian hadapan masjid.
2- Jangan mengangkat suara dengan kuat ketika memberi salam kepada Rasullulah saw atau ketika berada di dalam Masjid Nabawi sekalipun dengan bacaan Al-Quran. Hendaklah memberi salam sekadar dapat didengari oleh diri sendiri sahaja.
3- Juga jangan sekali-sekala membongkok ketika memberi salam kepada Rasullulah saw kerana itu adalah perbuatan bidaah dan jika sampai kepada rukuk seperti di dalam solat boleh membawa kepada haram.
4- Diharamkan meminta sesuatu hajat atau sebarang permintaan untuk melepaskan diri daripada bala atau penyakit daripada makhluk atau roh orang telah mati meskipun roh Rasullulah saw sendiri kerana perbuatan itu akan membawa syirik . Meminta apat-apa hajat atau pertolongan hanyalah kepada Allah swt semata-mata.
5- Masuklah ke dalam masjid dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doanya. Kemudian hendaklah bersolat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat sebelum melakukan amalan lain.
6- Jangalah menyentuh atau mengucup mana-mana dinding makam atau masjid di mana-mana saja. Juga jangan sekali-kali meleparkan sesuatu ke dalam makam seperti yang dilakukan oleh sesetengan pelawat . Perbuatan ini adalah bidaah yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat dan salafussoleh.
7- Menghadap ke arah makam Rasullulah saw ataupun Raudhah ketika berdoa adalah dilarang sama sekali kerana kiblat doa bagi muslimin adalah Kaabah . Jadi hendaklah menghadap kiblat ketika berdoa di mana-mana kita berada.
8- Tidak berasak-asak dan berebut-rebut semasa di makam Rasullulah saw di Raudhah atau dimana-mana mihrab masjid samada untuk berdoa atau bersolat . Bagaimana mungkin mendapat pahala yang diinginkan itu jika kita sanggup menyakiti orang lain dan tidak bertolak ansur dan bersabar.?
9- Adab dan larangan dalam melintasi orang yang sedang solat semata-mata untuk mendapatkan saf di hadapan atau untuk keluar dari masjid.
10-Hendaklah kita memenuhkan mana-mana saf yang kosong dan jangan memutuskan saf-saf jemaah atau memilih tempat solat berjemaah di celah-celah tiang.
11-Jangan melakukan solat sunat di tengah jalan atau tempat laluan orang, pilihlah tempat yang terlindung (sutrah) , seperti di belakang tiang atau rak-rak al-Quran.
12-Janganlan duduk di depan pintu masjid sekirannya msih ada ruang lagi di sebelah dalamnya kerana ini akan menyesak dan menyusahkan jemaah lain untuk masuk.
13-Perbanyakkan ibadat kepada Allah swt dengan solat berjemaah, solat sunat, membaca al-Quran, berdoa, bertasbih, berzikir dan bertahmid kepada Allah swt sebanyak mungkin juga bertaubat dari semua kesalahan yang lalu dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang lalu.
14-Jauhi diri daripada segala perkara yang dilarang oleh islam samada haram ataupun makruh seperti merokok dan sebagainya. Hindari daripada berbual-bual dan perbuatan yang sia-sia.
15-Bagi kaum wanita pula hendaklah menjaga adab, jangan memakai pakaian yang mendedah aurat, tidak memakai bau-bauan semasa terdapat lelaki yang bukan mahram. Sempurnakah perasaan cinta kita kepada Rasullulah saw sehingga kita sanggup datang dari tempat jauh semata-mata untuk bersolat di masjid Rasullulah saw dan memberi salam kepadanya, tetapi dalam masa yang sama pakaian, kelakuan dan tindakan kita tidak mengikut ajaran Baginda?

Monday, September 30, 2013
Ibadah Umrah & Ziarah Ramadhan (Part 1)
Alhamdulillah, pada bulan Ramadhan yang lepas, saya dan keluarga telah menunaikan ibadah Umrah & Ziarah.. Kami berangkat ke Tanah suci pada 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434h dan kembali ke Tanah air pada 23 Julai 2013 bersamaan 14 Ramadhan 1434H...
Kami tiba di Madinah jam 3 petang waktu Madinah, setelah 8 jam perjalanan, dengan perubahan waktu, pada hari itu kami berpuasa hampir 18 jam.. Sangat mencabar.. Cuaca di Madinah ketika itu 38c.. Ketika tiba di Kota Madinah.. Saat kapal terbang 'touch down', hati dan perasaan ini berbaur sedih, sayu, rasa tidak percaya.. Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Kota Madinah..
Tiba di Kota Madinah, pihak agen membawa kami ke bus untuk bertolak pula ke hotel penginapan kami.. Kami menginap di Hotel Holiday Villa, Madinah.. Alhamdulillah hotel kami dengan Masjid Nabawi hanya jarak 1 blok bangunan.. Ketika melalui bangunan-bangunan di kawasan berdekatan Masjid Nabawi.. Menitis air mata ini apabila terlihat kawasan Masjid Nabawi..
Sepanjang di Madinah, saya melawat Raudhah sebanyak 3 kali.. Wanita hanya dibenarkan masuk ke dalam Raudhah pada waktu selepas Subuh, selepas Zohor & selepas Isya'.. Saya masih ingat pada hari kedua kami di Madinah, saya demam dan muntah-muntah... Mungkin tak biasa dengan cuaca yang sangat panas.. Badan lemah sangat tetapi pada Subuh hari ketiga, saya gagahkan diri ke Masjid menunaikan solat Subuh walaupun badan dah mula naik panas... Mama dan adik-adik suruh balik hotel kalau tak larat masuk Raudhah, tapi saya tetap kuatkan semangat.. Sementara tunggu giliran memasuki Raudhah, saya berdoa agar dikuatkan semangat dan diberi kesempatan melawat Raudhah... Bila kami dipanggil masuk, alhamdulillah, automatik badan saya seolah-olah diberi kekuatan panas badan terus kebah.. Besarnya kuasa Allah swt.. Selesai melawat Raudhah, saya kembali ke hotel dan badan mula panas semula..
Hari keempat, badan dah sihat, saya mula beribadah seperti biasa, pada hari itu kami berbuka di Masjid Nabawi.. Subahanallah... Mewahnya berbuka pada hari itu, Alhamdulillah.. Dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Maghrib & Iftar, Kami diberikan roti, yogurt, susu dan jem yang dibungkus di dalam plastik.. Memang adat orang Arab, pada bulan puasa mereka akan perbanyakkan sedekah.. Sampai dalam Masjid sementara tunggu iftar, masih ada orang datang beri roti dan kurma.. Sampaikan kami terpaksa bawa balik hotel bungkusan roti sebab tak habis.. Selepas iftar kami solat Maghrib dan kembali ke hotel untuk bersiap ke Masjid menunaikan terawih.. Disana terawih dikerjakan sebanyak 23 rakaat.. Setiap hari akan dibacakan 1 juzuk Al Quran ketika solat sunat terawih.. Jadi, kalau 30 hari, dalam bulan Ramadhan jer dah khatam Quran...
Makam Rasulullah saw, hanya boleh dilawati oleh orang lelaki.. Wanita tidak boleh yer.. Wanita hanya boleh lihat kubah di luar Masjid berwarna hijau atau lawat Raudhah.. Kubah berwarna hijau itulah makan Rasulullah saw...
Pada 16 Julai 2013 bersamaan 7 Ramadhan 1434H.. Kami bertolak pula ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Umrah.. Kami bertolak dengan siap berihram.. Cuaca ketika itu, 36c..
Gambar-gambar akan ditunjukkan kemudian yer...

Wednesday, September 25, 2013
Hari Bersejarah
Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada Saufi bin Yazid pada 1 Mac 2013 (Jumaat) jam 10.00 pagi..
Pengalaman??
Huh! Fuh!
Debaran tak payah cakaplah.. Malam sebelum nikah tu dah berdebar dah.. tengok semua sedara mara tengah packing goodies, selesaikan tugas buat hantaran, touch up sana, touch up sini.. Memang berdebar sangat-sangat.. Lagi-lagi bila inilah majlis perkahwinan pertama bagi keluarga saya.. Fikiran ni asyik fikir apalah jadi lepas ni.. jadi isteri oranglah! hehe over sangat ok!
Majlis nikah dan bersanding saya adalah bersama-sama dengan adik saya.. Kira kahwin serentak lah.. jimat kos gitu.. sekali keluar duit.. Tak payah tahun ni buat saya.. tahun depan buat adik..
Saya nikah di Masjid At-Taqwa, Paroi, Seremban.. Tok kadi yang nikahkan.. Wali iaitu Ayah saya tak dapat nak nikahkan.. Adik-adik tak bawa spek mata dia.. Kesian ayah.. Kalau tak mesti lagi berdebar en.hubby kite...
Sebelum nikah tok kadi bagi tazkirah sikit.. mungkin untuk hilangkan nerves uollsss.. Masa tu belum sebak lagi.. cool bebeh... Soalan cepu cemas pun taklah susah sangat.. mudah je.. hahaha...
Dalam debaran, imam lafazkan ijab.. dan en.hubby pun lafazkan Kabul... saat dinantikan telah tiba... jeng..jeng...jeng...
Imam Tanya saksi.. sah? dan saksi jawab sah! Alhamdulillah... bergenang air mata saya masa tu.. sebak, gembira, sayu, rasa tak percaya.. 8 tahun berkenalan dan bercinta.. pelbagai rintangan dihadapi.. akhirnya kami disatukan dengan ijab & Kabul..

Masjid At-Taqwa, Paroi, Seremban |
Ruang dalam masjid |
Kautim apa tu dengan tok kadi? |
Wakil 2 keluarga.. Kiri belah Johor & Kanan belah Sseremban |
Tazkirah sebelum nikah |
Tok kadi & Wali |
Debarrrrr |
Alhamdulillah |
Solat syukur oleh en.hubby |
Penyerahan Mas Kahwin |
Ayah |
Mama |
Halal dah! Boleh pelok.. haha |
Love u sayang |
Ikatan Dunia & Akhirat In Shaa Allah |
Assalamualaikum..
Pengumuman...
Sukacita dimaklumkan bahawa Blog farahanna telah 'rebranding' tiada lagi cerita yang lepas-lepas.. tetapi saya akan mula bercerita tentang diri saya, keluarga dan kisah-kisah menarik dalam kehidupan saya...
Sebagai seorang yang baru bergelar isteri selama 6 bulan.. lebih elok kiranya cerita yang lepas tidak lagi di 'publish' bagi menjaga hati dan perasaan suami.. begitu juga seperti yang rakan-rakan sedia maklum, kebanyakkan gambar yang disiarkan adalah ketika saya belum mengenakan tudung..
Saya harap 'rebranding' blog saya mendapat viewer yang lebih banyak dan entry saya selepas ini lebih matang dan memberi maklumat yang berguna kepada anda semua..
Terima kasih & selamat membaca!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)