Wednesday, October 2, 2013

Ibadah Umrah & Ziarah Ramadhan (Part 3)

Ini antara beberapa perkara yang wanita & lelaki tidak boleh buat yer ketika di dalam Masjid Nabawi & Masjidil Haram..

1. Tidak boleh memakai kasut.. (dinasihatkan supaya bawa kantung untuk simpan kasut, seelok-eloknya simpan di rak yang disediakan.. Tetapi Masjid kan ramai.. Kalau takut hilang.. Boleh juga bawa masuk kantung berisi kasut tu dengan syarat kantung bersih dan diletakkan di sebelah atau dalam beg.. Jangan sesekali ganggu Jemaah lain nak solat yer)

2. Tidak boleh membawa handphone.. (Wanita sahaja yer.. Lelaki boleh bawa.. Tapi seelok-eloknya tak payahlah.. kita kan nak beribadat.. bukan nak posing sana sini.. Nak amik gambar dalam Masjid pun buat apa... Biarlah kenangan tu jadi sentimental value untuk kita sahaja.. Tapi, luar masjid boleh amik gambar.. akan kita nampak Jemaah lain bawa.. kita biarkan sahaja yer..)

3. Lelaki tidak boleh masuk melalui pintu khas wanita dan begitu juga wanita tidak boleh masuk melalui pintu khas lelaki.. (Setiap pintu dikhaskan untuk wanita atau lelaki.. jadi jangan salah masuk yer.. nanti orang yang jaga kat setiap pintu masjid tu akan tegur.. Seelok-eloknya kalau ada Jemaah yang pakai wheelchair.. silalah bawa ahli keluarga yang sejantina.. supaya tidak berlaku salah faham di depan pintu masuk masjid..)

4. Tidak boleh bawa barang berharga.. (Kerap berlaku kehilangan dan keciciran.. Jadi tak payahlah bawa barang berharga.. supaya tidak menyusahkan orang-orang yang bertugas di masjid dan tidak menyusahkan kita sendiri..)

5. Tidak boleh buang sampah merata-rata.. (Kesian kat orang yang jaga masjid.. kalau kita tak bertanggungjawab.. kita akan menyusahkan pekerja-pekerja masjid.. bila ada sampah.. buanglah sendiri ke dalam tong sampah.. kalau Nampak sampah pun jangan tending jer.. kita bantu buang sekali.. kan dapat pahala.. In Shaa Allah)

6. Tidak boleh bercakap soal duniawi di masjid.. (dalam Quran pun ada sebut kan.. Biarlah kita beribadat dalam keredhaan dan merendah diri.. kalau kita kaya pun di dunia jer.. di akhirat tak siapa tahu.. yang bawa hanya amalan kita kan.. jadi.. berhati-hati setiap percakapan supaya tidak timbul riak dan sombong.. Mmemadai kalau kita baca Quran, zikir, selawat kan..)

7. Tidak boleh mengutuk dan menghina orang lain.. (secara jujur, Jemaah dari Negara lain terutama arab, pakaian mereka ada sedikit bau yang kurang menyenangkan.. jangan tegur.. biarkan sahaja.. sebab dikhuatiri akan berbalik pada kita.. di Tanah suci biasanya Allah swt bagi cash.. jadi... kita belajar bersabar dan menerima kelemahan orang lain ok..)

8. Al Quran original Madinah yang diletakkan di masjid adalah kulit berwarna hijau dan bertali kuning.. (kulit berwarna hijau dan tali warna lain biasanya hijau yang banyak dijual di pintu pagar masjid biasanya tidak boleh diletakkan sebagai sedekah di dalam masjid.. sebab pihak masjid dah tetapkan warna Quran dalam masjid bertali kuning dan kulit hijau.. keseragaman gitu.. saiz pun yang sedang-sedang dan besar sahaja.. yang kecik boleh masuk beg tu tak boleh yer.. kalau nak sedekah Quran, kita tengok dulu Quran dalam masjid yer)

Setakat ini.. itu sahaja 8 perkara yang saya ingat.. In Shaa Allah kalau ada lagi saya akan tambah yer...

No comments: