Monday, September 30, 2013

Ibadah Umrah & Ziarah Ramadhan (Part 1)

Alhamdulillah, pada bulan Ramadhan yang lepas, saya dan keluarga telah menunaikan ibadah Umrah & Ziarah.. Kami berangkat ke Tanah suci pada 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434h dan kembali ke Tanah air pada 23 Julai 2013 bersamaan 14 Ramadhan 1434H...

Kami tiba di Madinah jam 3 petang waktu Madinah, setelah 8 jam perjalanan, dengan perubahan waktu, pada hari itu kami berpuasa hampir 18 jam.. Sangat mencabar.. Cuaca di Madinah ketika itu 38c.. Ketika tiba di Kota Madinah.. Saat kapal terbang 'touch down', hati dan perasaan ini berbaur sedih, sayu, rasa tidak percaya.. Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Kota Madinah..

Tiba di Kota Madinah, pihak agen membawa kami ke bus untuk bertolak pula ke hotel penginapan kami.. Kami menginap di Hotel Holiday Villa, Madinah.. Alhamdulillah hotel kami dengan Masjid Nabawi hanya jarak 1 blok bangunan.. Ketika melalui bangunan-bangunan di kawasan berdekatan Masjid Nabawi.. Menitis air mata ini apabila terlihat kawasan Masjid Nabawi..

Sepanjang di Madinah, saya melawat Raudhah sebanyak 3 kali.. Wanita hanya dibenarkan masuk ke dalam Raudhah pada waktu selepas Subuh, selepas Zohor & selepas Isya'.. Saya masih ingat pada hari kedua kami di Madinah, saya demam dan muntah-muntah... Mungkin tak biasa dengan cuaca yang sangat panas.. Badan lemah sangat tetapi pada Subuh hari ketiga, saya gagahkan diri ke Masjid menunaikan solat Subuh walaupun badan dah mula naik panas... Mama dan adik-adik suruh balik hotel kalau tak larat masuk Raudhah, tapi saya tetap kuatkan semangat.. Sementara tunggu giliran memasuki Raudhah, saya berdoa agar dikuatkan semangat dan diberi kesempatan melawat Raudhah... Bila kami dipanggil masuk, alhamdulillah, automatik badan saya seolah-olah diberi kekuatan panas badan terus kebah.. Besarnya kuasa Allah swt.. Selesai melawat Raudhah, saya kembali ke hotel dan badan mula panas semula..

Hari keempat, badan dah sihat, saya mula beribadah seperti biasa, pada hari itu kami berbuka di Masjid Nabawi.. Subahanallah... Mewahnya berbuka pada hari itu, Alhamdulillah.. Dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Maghrib & Iftar, Kami diberikan roti, yogurt, susu dan jem yang dibungkus di dalam plastik.. Memang adat orang Arab, pada bulan puasa mereka akan perbanyakkan sedekah.. Sampai dalam Masjid sementara tunggu iftar, masih ada orang datang beri roti dan kurma.. Sampaikan kami terpaksa bawa balik hotel bungkusan roti sebab tak habis.. Selepas iftar kami solat Maghrib dan kembali ke hotel untuk bersiap ke Masjid menunaikan terawih.. Disana terawih dikerjakan sebanyak 23 rakaat.. Setiap hari akan dibacakan 1 juzuk Al Quran ketika solat sunat terawih.. Jadi, kalau 30 hari, dalam bulan Ramadhan jer dah khatam Quran...

Makam Rasulullah saw, hanya boleh dilawati oleh orang lelaki.. Wanita tidak boleh yer.. Wanita hanya boleh lihat kubah di luar Masjid berwarna hijau atau lawat Raudhah.. Kubah berwarna hijau itulah makan Rasulullah saw...

Pada 16 Julai 2013 bersamaan 7 Ramadhan 1434H.. Kami bertolak pula ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Umrah.. Kami bertolak dengan siap berihram.. Cuaca ketika itu, 36c..

Gambar-gambar akan ditunjukkan kemudian yer...

Wednesday, September 25, 2013

Hari Bersejarah

Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada Saufi bin Yazid pada 1 Mac 2013 (Jumaat) jam 10.00 pagi..

Pengalaman??

Huh! Fuh!

Debaran tak payah cakaplah.. Malam sebelum nikah tu dah berdebar dah.. tengok semua sedara mara tengah packing goodies, selesaikan tugas buat hantaran, touch up sana, touch up sini.. Memang berdebar sangat-sangat.. Lagi-lagi bila inilah majlis perkahwinan pertama bagi keluarga saya.. Fikiran ni asyik fikir apalah jadi lepas ni.. jadi isteri oranglah! hehe over sangat ok!

Majlis nikah dan bersanding saya adalah bersama-sama dengan adik saya.. Kira kahwin serentak lah.. jimat kos gitu.. sekali keluar duit.. Tak payah tahun ni buat saya.. tahun depan buat adik..

Saya nikah di Masjid At-Taqwa, Paroi, Seremban.. Tok kadi yang nikahkan.. Wali iaitu Ayah saya tak dapat nak nikahkan.. Adik-adik tak bawa spek mata dia.. Kesian ayah.. Kalau tak mesti lagi berdebar en.hubby kite...

Sebelum nikah tok kadi bagi tazkirah sikit.. mungkin untuk hilangkan nerves uollsss.. Masa tu belum sebak lagi.. cool bebeh... Soalan cepu cemas pun taklah susah sangat.. mudah je.. hahaha...

Dalam debaran, imam lafazkan ijab.. dan en.hubby pun lafazkan Kabul... saat dinantikan telah tiba... jeng..jeng...jeng...

Imam Tanya saksi.. sah? dan saksi jawab sah! Alhamdulillah... bergenang air mata saya masa tu.. sebak, gembira, sayu, rasa tak percaya.. 8 tahun berkenalan dan bercinta.. pelbagai rintangan dihadapi.. akhirnya kami disatukan dengan ijab & Kabul..


Masjid At-Taqwa, Paroi, Seremban
 
Ruang dalam masjid

Kautim apa tu dengan tok kadi?

Wakil 2 keluarga.. Kiri belah Johor & Kanan belah Sseremban

Tazkirah sebelum nikah

Tok kadi & Wali


Debarrrrr

Alhamdulillah

Solat syukur oleh en.hubby

Penyerahan Mas Kahwin

Ayah

Mama

Halal dah! Boleh pelok.. haha

Love u sayang

Ikatan Dunia & Akhirat

In Shaa Allah
 

Assalamualaikum..

Pengumuman...

Sukacita dimaklumkan bahawa Blog farahanna telah 'rebranding' tiada lagi cerita yang lepas-lepas.. tetapi saya akan mula bercerita tentang diri saya, keluarga dan kisah-kisah menarik dalam kehidupan saya...

Sebagai seorang yang baru bergelar isteri selama 6 bulan.. lebih elok kiranya cerita yang lepas tidak lagi di 'publish' bagi menjaga hati dan perasaan suami.. begitu juga seperti yang rakan-rakan sedia maklum, kebanyakkan gambar yang disiarkan adalah ketika saya belum mengenakan tudung..

Saya harap 'rebranding' blog saya mendapat viewer yang lebih banyak dan entry saya selepas ini lebih matang dan memberi maklumat yang berguna kepada anda semua..

Terima kasih & selamat membaca!!!!