Monday, September 30, 2013

Ibadah Umrah & Ziarah Ramadhan (Part 1)

Alhamdulillah, pada bulan Ramadhan yang lepas, saya dan keluarga telah menunaikan ibadah Umrah & Ziarah.. Kami berangkat ke Tanah suci pada 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434h dan kembali ke Tanah air pada 23 Julai 2013 bersamaan 14 Ramadhan 1434H...

Kami tiba di Madinah jam 3 petang waktu Madinah, setelah 8 jam perjalanan, dengan perubahan waktu, pada hari itu kami berpuasa hampir 18 jam.. Sangat mencabar.. Cuaca di Madinah ketika itu 38c.. Ketika tiba di Kota Madinah.. Saat kapal terbang 'touch down', hati dan perasaan ini berbaur sedih, sayu, rasa tidak percaya.. Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Kota Madinah..

Tiba di Kota Madinah, pihak agen membawa kami ke bus untuk bertolak pula ke hotel penginapan kami.. Kami menginap di Hotel Holiday Villa, Madinah.. Alhamdulillah hotel kami dengan Masjid Nabawi hanya jarak 1 blok bangunan.. Ketika melalui bangunan-bangunan di kawasan berdekatan Masjid Nabawi.. Menitis air mata ini apabila terlihat kawasan Masjid Nabawi..

Sepanjang di Madinah, saya melawat Raudhah sebanyak 3 kali.. Wanita hanya dibenarkan masuk ke dalam Raudhah pada waktu selepas Subuh, selepas Zohor & selepas Isya'.. Saya masih ingat pada hari kedua kami di Madinah, saya demam dan muntah-muntah... Mungkin tak biasa dengan cuaca yang sangat panas.. Badan lemah sangat tetapi pada Subuh hari ketiga, saya gagahkan diri ke Masjid menunaikan solat Subuh walaupun badan dah mula naik panas... Mama dan adik-adik suruh balik hotel kalau tak larat masuk Raudhah, tapi saya tetap kuatkan semangat.. Sementara tunggu giliran memasuki Raudhah, saya berdoa agar dikuatkan semangat dan diberi kesempatan melawat Raudhah... Bila kami dipanggil masuk, alhamdulillah, automatik badan saya seolah-olah diberi kekuatan panas badan terus kebah.. Besarnya kuasa Allah swt.. Selesai melawat Raudhah, saya kembali ke hotel dan badan mula panas semula..

Hari keempat, badan dah sihat, saya mula beribadah seperti biasa, pada hari itu kami berbuka di Masjid Nabawi.. Subahanallah... Mewahnya berbuka pada hari itu, Alhamdulillah.. Dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Maghrib & Iftar, Kami diberikan roti, yogurt, susu dan jem yang dibungkus di dalam plastik.. Memang adat orang Arab, pada bulan puasa mereka akan perbanyakkan sedekah.. Sampai dalam Masjid sementara tunggu iftar, masih ada orang datang beri roti dan kurma.. Sampaikan kami terpaksa bawa balik hotel bungkusan roti sebab tak habis.. Selepas iftar kami solat Maghrib dan kembali ke hotel untuk bersiap ke Masjid menunaikan terawih.. Disana terawih dikerjakan sebanyak 23 rakaat.. Setiap hari akan dibacakan 1 juzuk Al Quran ketika solat sunat terawih.. Jadi, kalau 30 hari, dalam bulan Ramadhan jer dah khatam Quran...

Makam Rasulullah saw, hanya boleh dilawati oleh orang lelaki.. Wanita tidak boleh yer.. Wanita hanya boleh lihat kubah di luar Masjid berwarna hijau atau lawat Raudhah.. Kubah berwarna hijau itulah makan Rasulullah saw...

Pada 16 Julai 2013 bersamaan 7 Ramadhan 1434H.. Kami bertolak pula ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Umrah.. Kami bertolak dengan siap berihram.. Cuaca ketika itu, 36c..

Gambar-gambar akan ditunjukkan kemudian yer...

No comments: